Perjanjian perdamaian 2011 Konflik_Fatah-Hamas

Hamas dan Fatah, selain kumpulan Palestin lain, telah mengadakan rundingan bertujuan mendamaikan puak berselisihan[5] buat kali pertama pada Februari 2010. Pada Mac 2010, dalam rancangan TV Debat Doha, wakil Fatah dan Hamas membincangkan masa depan kepimpinan Palestin.[6]

Satu perjanjian perdamaian antara Fatah dan Hamas dicapai di Kaherah pada 27 April 2011. Mereka bersetuju membentuk kerajaan perpaduan,[7] dan mengadakan pilihan raya di kedua-dua wilayah Palestin dalam masa 12 bulan pembentukan kerajaan tersebut.[8] Pemeteraian persetujuan ini menandakan perapatan jurang empat tahun antara dua seteru ini.[9]

Pada 4 Mei 2011 dalam satu upacara di Kaherah, persetujuan ini ditandatangani secara rasmi oleh Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan pemimpin Fatah Mahmoud Abbas dengan pemimpin Hamas Khaled Meshal.[10][11] Persetiaan ini memberikan rangka untuk membentuk kerajaan "peralihan" teknokrat untuk persediaan pilihan raya perundangan dan presiden dalam jangka masa setahun. Ia juga membenarkan kemasukan Hamas ke dalam PLO dan memegang jawatan dalam Majlis Kebangsaan Palestin. PBP akan terus menjaga kawalan keselamatan di Tebing Barat, begitu juga kerajaan Hamas di Gaza. Perjanjian ini bagaimanapun dibantah Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.[12]

Rujukan

WikiPedia: Konflik_Fatah-Hamas http://edition.cnn.com/2011/WORLD/meast/04/27/gaza... http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM... http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/four... http://www.latimes.com/wireless/avantgo/la-fg-pale... http://www.nytimes.com/aponline/2011/05/04/world/m... http://www.washingtonpost.com/world/palestinian-fa... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3360655,... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3409548,... http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4061418,... http://www.youtube.com/watch?v=2zLDKqoBnnA